Bagaimana status zikir “Allahumma Ajirna Minannar”?
Dinyatakan dalam sebuah hadis,
إذا صليتَ الصبح فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس ” اللهم أجرني من النار
سبع مرات ” فإنك إن متَّ مِن يومك ذلك كتب الله لك جواراً مِن النار ،
وإذا صليت المغرب فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس اللهم أجرني من النار”
سبع مرات فإنك إن متَّ مِن ليلتك كتب الله عز وجل لك جواراً مِن النَّار
”Apabila kamu selesai solat subuh, becalah doa berikut sebelum kamu
berbicara dengan orang lain: ’Allahumma aajirnii minan naar’ 7 kali.
Jika pada hari itu kamu mati maka Allah akan menetapkan bahawa kamu jauh
dari neraka. Jika kamu selesai solat maghrib, ucapkanlah doa ini
sebelum kamu berbicara dengan orang lain: ’Allahumma aajirnii minan
naar’ 7 kali. Jika malam itu kamu mati, maka Allah tetapkan bahwa kamu
jauh dari neraka.”
Hadis ini diriwayatkan Imam Ahmad dalam musnadnya no. 18054, Abu Daud
no. 5079, dan Ibn Hibban 5/367, dari jalur al-Harits bin Muslim, dari
bapaknya Muslim bin harits at-Tamimi secara marfu’.
Syaikh Syuaib al-Arnauth mengatakan,
إسناده ضعيف، مسلم بن الحارث جهله الدارقطني، ولم يؤثر توثيقه عن غير ابن حبان. وقد اختلف في اسمه واسم أبيه
Sanad hadis ini dhaif, Muslim bin Harits dinilai majhul (perawi tak
dikenal) oleh ad-Daruquthni, sementara penilaian dia sebagai tsiqah
(perawi terpercaya) tidak dianggap dari selain Ibnu hibban. Ulama
berbeda pendapat tentang namanya dan nama bapaknya. (Ta’liq Musnad
Ahmad, 29/593).
Hadis ini juga dinilai lemah dalam kitab as-Silsilah al-Ahadits ad-Dhaifah (kumpulan hadis dhaif), no. 1624.
Keutamaan Meminta Syurga
Setelah membaca kesimpulan di atas, kita tidak perlu resah, karena ada hadis shahih yang semakna dan boleh kita amalkan.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ الْجَنَّةُ:
اللَّهُمَّ أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَمَنْ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ النَّارُ: اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ
”Siapa yang meminta syurga 3 kali, maka syurga akan berkata: ’Ya
Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga.’ Dan siapa yang memohon
perlindungan dari neraka 3 kali, maka neraka akan berkata: ’Ya Allah,
lindungilah dia dari neraka.” (HR. Ahmad 12585, Nasai 5521, Turmudzi
2572 dan yang lainnya. Hadis ini dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth
dan dinilai shahih oleh al-Albani).
Jika kita perhatikan, hadis di atas bersifat umum, ertinya,
Tidak ada teks doa khusus, sehingga anda boleh meminta syurga dengan
kalimat permohonan syurga apapun. Boleh juga dengan bahasa yang kita
fahami: Ya Allah, aku memohon syurga, atau Ya Allah, lindungilah aku
dari neraka.
Tidak ada batasan waktu dan tempat, sehingga kita boleh membacanya bila-bila masa dan dimanapun.
Disebutkan batasan angka, iaitu 3 kali. Ertinya untuk mendapatkan
keutamaan itu, kita baca minima sebanyak 3 kali dan maksima tidak ada
batasnya.
Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Doa Meminta Syurga dan Perlindungan dari Neraka..."
Post a Comment