Sudah masuk hari yang ke 13 Almarhum Tunku Jalil Sultan Iskandar kembali kepada-Nya. Permergian yang amat memeritkan bagi seluruh kerabat diraja Johor ini turut memberi kesan kepada seluruh rakyatnya.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar semalam menzahirkan rasa pilunya terhadap pemergian anakandanya. Luahan rindu kepada anakandanya itu dizahirkan melalui laman Facebook miliknya semalam.
Telah 12 hari berlalu semenjak anakanda saya, Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor, meninggalkan kita.
Telah 12 hari berlalu semenjak anakanda saya, Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor, meninggalkan kita.
Saya dan keluarga ingin merakamkan penghargaan kami kepada anda semua yang telah berdoa dan menghantar ucapan takziah buat Almarhum dan kami sekeluarga.
Saya juga sesungguhnya amat menghargai serta Menjunjung setinggi kasih keatas Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Pahang Darul Makmur, Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, kerana telah Mencemar Duli turut bersama sewaktu pemakaman Almarhum.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada Paduka-Paduka Kekanda dan Adinda Sultan-Sultan yang lain diatas ucapan takziah yang telah diterima dan diatas keberangkatan wakil masing-masing. Terima kasih juga kepada ahli-ahli majlis eksekutif, menteri-menteri, orang-orang kenamaan asing, kaum kerabat, rakan-rakan, Bangsa Johor, dan semua rakyat Malaysia, yang telah hadir memberi penghormataan terakhir kepada Almarhum.
Sebagai seorang bapa, kesakitan kehilangan seorang anak adalah amat memeritkan
Ia sesungguhnya satu masa yang pedih buat keluarga kami untuk menghadapi apa yang berlaku walaupun kami menyimpan semua memori indah tentangnya.
Perasaan kasih yang telah ditunjuk dan dikongsi oleh anda semua terhadap Almarhum sangat mendalam dan mengesankan, dan telah membantu melegakan hati kami yang berduka ini.
Sebagai seorang bapa, kesakitan kehilangan seorang anak adalah amat memeritkan. Tiada ibu atau bapa yang patut mengebumikan anak mereka, namun, Allah juga Yang Maha Mengetahui.
Senyumannya menyinari kehidupan kami dan walaupun dia telah meninggalkan kami sebelum kami bersedia melepaskannya.
Almarhum merupakan seorang yang rendah diri, baik hati dan penyayang, dan saya amat berbangga dengannya. Walaupun disaat-saat terakhirnya, Almarhum sedang menanggung kesakitan yang amat sangat, kebimbangannya bukan tentang dirinya sendiri tetapi tentang kami semua.
Senyumannya menyinari kehidupan kami dan walaupun dia telah meninggalkan kami sebelum kami bersedia melepaskannya, dia akan terus kekal didalam hati kami selama-lamanya.
0 Response to "Coretan Pilu Sultan Johor Buat Anakandanya... Al-Fatihah"
Post a Comment